tingkatkan trafik!

banner

Akhirnya melepasi 6 bulan!!!




Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T akhirnya saya mampu melepasi tempoh 6 bulan selepas pembedahan dengan baik.Macam tak sangka kan? dah setengah tahun rupanya saya menjalani pembedahan.dah alhamdulillah semua dalam keadaan yang baik.


Jika dahulu saya kurang percaya diri dengan keadaan fizikal saya.namun setelah pembedahan..banyak yang merubah saya.Saya lebih percaya diri.



Terima kasih ibu yang penat menjaga saya setiap malam di ward,abah yang sanggup datang jauh-jauh untuk memberi semangat kepada saya,kakak saya yang  sentiasa berada disisi semasa saya menghadapi saat-saat getir,abang dan adik bucuk yang tidak henti-henti mendoakan agar saya semangat menghadapi dugaan.terima kasih saya tak mampu membalas kebaikan kalian.


Untuk surgeon,terima kasih yang tidak terhingga  berhempas pulas memberikan yang terbaik untuk saya,warga jururawat yang terus melayan kerenah saya.Rakan-rakan,guru-guru serta saudara mara yang terus memberi semangat kepada saya untuk terus kuat menghadapi dugaan.Terima kasih saya ucapkan!.


alhamdulillah saya semakin sihat!


"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya". ( QS. Al-Baqarah: 286)


"Ya Allah kuatkan semangat ku untuk terus menghadapi ujian mu,istiqomahkan hatiku untuk sentiasa bersyukur dengan semua nikmat yang telah kau limpahkan.ya Rabb,lapangkan dadaku,jernihkan fikiranku,
kurniakan hatiku yang sentiasa lembut mengingatiMu,lisan yang basah berzikir kepadaMu..mudahkanlah segala urusanku dan muslimin muslimat.
ya Rabb,Engkaulah sebaik-baik pendengar dan tempat mengadu..amin ya rabbal alamin..."


masjid besi dan badan besi..


Pssst:- harap cik besi dalam badan baik-baik sahaja sentiasa Amin!...terima Kasih..

GIVEAWAY DARI :::ZFCRAFTCORNER:::



Assalammualaikum semua.setelah sekian lama saya pasif dalam kegiatan GA sana sini, maka hari ni saya mula menjinakkan diri ini kembali untuk aktif semula dalam dunia GA.Tahniah tassya!.Sila beri perhormatan kepada saya dengan menjerit dengan penuh gembira sekali! hehe :D Untuk meningkatkan semangat yang berkobar-kobar dalam ber GA,saya mulakan dengan berlari-lari anak ke blog-blog.mana tahu ada rezeki.Jalan sana jalan sini ternampak pula segmen giveway dari blog ZFcraftcorner..ape lagi..semngat lah saya untuk ber GA!.Jom join!!!..


:::ZFCRAFTCORNER:::
ZFcraftcorner nie merupakan satu belog yang menawarkan barangan hand made give favors.Contoh kalo buat goodies kan boleh order dengan tuan belog ZFcraftcorner nie..mereka ada macam jenis handmade gift yang cantik-cantik dan mencuri perhatian belake...ape lagi jom follow menfollow..

Kalau join this First GiveAway from ZFcraftcorner  nie tangan korang yang bertuah tu akan  dapat handmade craft yg cantik..saya suka sangat handmade yang comel-comel gini ni..mana tau boleh dapat HANDMADE WEDDING GUESTBOOK .wah! sangat lah terbaik!..hihi..

http://zfcraftcorner.blogspot.com/2012/06/1st-blog-giveaway.html
luck winner!...giler tak seronok kalo dapat cang gini..fuh!


http://zfcraftcorner.blogspot.com/2012/06/1st-blog-giveaway.html
yang nie untuk 3 pemenang bertuah seterusnya...mampu buat mata saya terus terbeliak!!!
Syarat-syarat menyertai GIVEAWAY nie senang sje..cer tengok bawah nie..


1. Sesiapa jer boleh join giveaway nie...
2. Jadi FOLLOWER blog ZFCC or members page FB ZFCC
3. Buat satu post tentang  giveaway ini dekat  blog or wall facebook anda
4. Once dah buat post tu, please tinggalkan detail dekat ruangan comment 
- NAMA .....EMAIL ADDRESS.....POSTED LINK (URL blog or FB anda)


 Jadi ape lagi ditunggu tu gang!!!.. jom join this giveaway dari ZFCC!sebelum terlepas.Tuah anda sape yang tau kan,giveaway ini akan berakhir pada 11.59 pm on 30 JUNE 2012. Pemenang akan dipilih oleh ZFCC dan akan  umumkan pada 07.07.2012. 


Pssst:- pernah dapat door Gift orang kawen yang guna perkhidmatan ZFCC.sangat berkenan+unik..hehe..nmpak jimat!
ternyonyok pulak...hihi..




oh tidak!!!..perlukah bergini MasterChef?



Salam readers sedih lah pulak hari ni.huhu....mengapa? kerana my favourite chef untuk rancangan Masterchef selebriti telah disingkirkan untuk selama lamanya..warrggghh..

cilok lah dari Page MasterChef Celebriti
I thought si double A yang akan keluar..warrghh..rupanya ramalanku tenyata salah.tapi tak pe lah masih ada Dato fazley dan Juliza yang hebat..hihihikk..Untuk Karl, sy nak ucapkan selamat maju jaya,moga terus gigih memasak!~hihihi.. 



Hidangan terakhir dari karl..Macam si Karl nie dah tau dia akan keluar hari ni..


Psssstt:~ Agak-agak kalo Chef Zubir beri suruh masak  Sate mesti Double A yang menang. Al maklum sentiasa diapet dengan kipas tangan..hadoi..~