tingkatkan trafik!

banner

Review Novel:Bening Merah Jingga



Assalamualaikum!~...ku tinggalkan lagi belog ku ..maaf,bukan sengaja tuan belog tak berapa sihat
 'Tuan belog sakit apa??'.oh ent3 seterusnya akan tuan belog kupaskan..sebab ceritanya hampir menjadi kronologi..haha...

Sedang tuan belog merehatkan badan,,, terasa ingin membuai-buaikan perasaan lah...so,apa lagi...capai lah satu novel..
ini dia....

BENING MERAH JINGGA

novel yang dah lama ku beli tapi tak sempat lagi menyantapnya..
Al-maklum ler Menteri...hehe...




Andai benar cinta
cintailah dia dengan hatimu yang tulus.
Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu
dengan sia-sia!



Berbalik kepada kisah Beninng Merah Jingga (BMJ),menceritakan kehidupan Ellina Azzura gadis yang tidak pernah tahu status kejadiannya sehingga dia sering terluka dengan pelbagai tohmahan . Tidak mengapa kalau orang luar yang berpandangan begitu tetapi kalau orang yang dianggap ayah sendiri tidak pernah berhenti memandang keji, kuatkah dia untuk terus bertahan?Namun di satu sisi dia memiliki Puan Maisara yang berjiwa lembut sentiasa mempertahankan Ellina sebagai anak angkatnya walaupun suaminya tetap terus terusan memandang hina kepada ellina.

Ehsan Khairi sentiasa melindungi Ellina dikala dia dicaci maki oleh ayahnya sendiri.Ellina merasakan selamat pabila abang nya selalu melindungi dirinya.Hinggakan wujudnya perasaan cinta antara mereka.Puan Maisarah tidak melarang namun mereka mendapat tantangan hebat dari ayahnya,haji Idris yang sentiasa ingin memisahkan mereka berdua.

Ellina tahu diri.Dia sanggup mengorbankan cintanya demi melihat ayahnya itu bahagia.Lalu Ellina menjauhkan diri dari Ehsan sebagai jalan penyelesaian. Pencarian asal usul ayahnya juga menemui jalan buntu apabila lelaki yang disanjung masyarakat itu tidak pernah mahu mengakui bahawa Ellina itu anaknya.


Komen Tuan belog;-

Saya rasa Ellina sungguh kental menjalani hidup.Sanggup berkorban hati dan perasaan kerana dia tahu diri.Melihat watak Ehsan Khairi,dapat dilihat beliau mempunyai sifat gentleman.Disaat orang lain mencaci adiknya, dia ada di belakang Ellina sentiasa menyokong.Pada saya Ehsan khairi banyak berkorban untuk Ellina menunjukkan beliau sangat mencintai gadis itu.Sehinggakan saya rasa Ehsan tidak dapat merasa kebahagian.Mengapa perlu dia menerima mentah-mentah cadangan ayahnya itu?.kalo boleh saya bertanya kepada penulis,"mengapa Ehsan perlu mati?"..

Hannan Fakhri pula yang wataknya kelihatan cool sahaja menambat hati saya.Wah~..i pun suka jugak lah kat Hannan tu...hehe..Hannan datang dalam kehidupan Ellina pada saat yang tepat.Tapi saya merasakan penulis sebenarnya mampu menjadi watak Hanan itu lebih mantap daripada ini.Karya ini memang sarat dengan air mata.Antara yang menarik hati ialah Puan Maisarah. Bagaimana dia tersepit antara kebahagian anak-anak dan kekerasan hati Haji Idris. Namun dia cuba untuk tidak menidakkan larangan suaminya kerana hormat walaupun hatinya turut tersiat luka. Kadangkala terasa Hajah Maisarah meletak Ehsan ke tepi demi menjaga hati Ellina. Kesian pula pada Ehsan! Selalu berkorban..

Melalui cerita Ellina,saya merasakan "Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi. Cinta selalunya memerlukan kita berkorban.Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita."

Psst..:-Tuan belog terfikir agak-agak ada bagaimana sifat penulis NA itu eh?..terasa seperti ingin menyelami lah.....ceritanya selalu penuh dengan sendu sedan.....~