tingkatkan trafik!

banner

Relaks kan Minda Menyambut kedatangan Ramadhan


Assalammualaikum kawan-kawan!.esok dah mula puasa kan?So,kena lah kawal nafsu. kalo dulu asyik melantak makanan tak pandang kiri kanan sekarang aktiviti tu perlu di stop kan....Tukarkan aktiviti melantak makanan dengan aktiviti beribadah...***nasihat untuk diri sendiri jugak.

 Siapa kali ni tak puasa kita minta dia diusung ke dalam van mayat la ye. Dah besar panjang mumayiz pun tak nak puasa.Aduhai~.Bila nak start puasa nie akan mula lah jualan mega sale disana sini..jari-jari kita pun mengikut rentak nak tunjuk itu ini sebab murah ada promotion lah..diskaun lagi!.Masa tu terasa 2 belah tangan dan bekalan 10 jari pun rasa tak cukup nak bimbit barang-barang yang kita terjah mengikut nafsu itu.haha.aduhai nafsu,janganlah kau meracuni diri ini.
Sempena nak menyambut ramadhan ni,jom kita sesame relaks kan minda dengan beberapa potongan hadis untuk pedoman kita bersama di bulan suci ramadhan ni.

Berjalan di dalam Gelap
semua gambar dalam entry ni hak milik pak cik google.
Daripada Buraidah bin al-Aslami r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid,dengan cahaya yang  sempurna pada hari kiamat."
(riawayat Abu Daud dan al-Tarmizi)
##Ganjaran kepada orang yang menunaikan solat berjemaah di masjid amatlah tinggi nilainya.Sia-sia bagi mereka yang mengambil mudah tentangnya.Maka, di bulan suci ini sama-sama kita berkorbankan sedikit masa untuk sama-sama tunaikan terawikh.'bakar lemak jom lepas melantak masa berbuka..'

Berkat bersahur

Daripada Anas bin Malaik r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
##Usah memandang remeh pada bangunnya seseorang itu untuk bersahur.So, gang! mari kita gagahkan diri untuk bangun bersahur bagi meraih keberkatan dan menegakkan amalan sunnah Rasulullah.' jangan pulak ada yang tak bangun sahur esok,  pahtu singgah pulak gerai cik kiah nasik bungkus..haha.' 

Dua tempat berbeza
Daripada Abu hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Tempat yang paling disukai ALLAH adalah masjid.Tempat yang paling dibenci ALLAH adalah pasar."
(Riwayat Muslim)
##Selain tempat beribadah,masjid juga digunakan untuk menimba ilmu dan bersilaturahim.Manakala di pasar tempat timbulnya fitnah-fitnah dunia.'Kakak-kakak,mak cik-makcik kita pejamkan  mata rapat-rapat bila ternampak mega sale tu yerk.Fokus nak beribadah di bulan suci..'Mari kita cuba!'

Kurniaan yang baik



Daripada Abu Said al- Kudri r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar
(riwayat al-Bukhari)
##Bersikap sabar  lazimnya akan membawa kepada kebaikan dalam hati.Tiada orang yang rugi jika mengamalkan sikap sabar dalam kehidupan seharian.

Terhalang daripada Rezeki
Daripada Thauban r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya seorang insan terhalang daripada mendapat rezeki lantaran dosa yang dilakukannya."
(riwayat Ibn Majah)
##Jauhi daripada melakukan perkara yang dilarang jika ingin dimurahkan rezeki yang berpanjangan.

Rumah di syurga
Daripada Uthman bin Affan r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang mendirikan masjid kerana ALLAH,nescaya ALLAH binakan untuknya rumah di syurga."
(riwayat Muslim)
##Keluarkanlah sedekah dengan ikhlas untuk membangun atau mendirikan masjid.Ganjaran pahalanya amatlah tinggi. 

jadi misi kita dibulan ramdhan kali ini adalah untuk memperbanyakkan ibadah.memperoleh malam lailatul qadar.bermohon kepada ALLAH agar dikurniakan kesihatan untuk menjalankan ibadah di bulan yang penuh berkat.Kalau puasa lepas ada ponteng terawih secara sengaja, maka kali ini kena lakukan anjakan dengan  paksakan diri untuk beribadah bukan memanjakan diri mengikut nafsu.Kalau puasa lepas tak habis khatam 30 juzu' Al-Quran, maka tahun nie kena berusaha untuk menghabiskan 30 juzu' Al-Quran.Dalam Bulan ramadhan ni tak boleh nak kata syaitan asyik menghasut kita tak payah buat pahala.Syaitan pun dah di jail,maka kalau masih malas juga,jangan sibuk nak  menyalahkan tapi pandang diri kita balik yang tak berusaha tingkatkan amalan.~kembali menyedarkan diri....

**Psst:- Semangat berkobar-kobar nak khatamkan 30 juzu'.Agak-agaknya antara saya dan abang siapa yang habis dulu?..hmmm nmpaknya memang si sheikh  tu jugak lah yang juara.hadoi..semput nak kejar..semangat!..semangat!!....



2 comments:

Qaseh Puteri said...

selamat berpuasa kakak santek..

yN crEATioNs said...

terima kasih atas perkongsian artikel nie.....