tingkatkan trafik!

banner

Akhirnya melepasi 6 bulan!!!




Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T akhirnya saya mampu melepasi tempoh 6 bulan selepas pembedahan dengan baik.Macam tak sangka kan? dah setengah tahun rupanya saya menjalani pembedahan.dah alhamdulillah semua dalam keadaan yang baik.


Jika dahulu saya kurang percaya diri dengan keadaan fizikal saya.namun setelah pembedahan..banyak yang merubah saya.Saya lebih percaya diri.



Terima kasih ibu yang penat menjaga saya setiap malam di ward,abah yang sanggup datang jauh-jauh untuk memberi semangat kepada saya,kakak saya yang  sentiasa berada disisi semasa saya menghadapi saat-saat getir,abang dan adik bucuk yang tidak henti-henti mendoakan agar saya semangat menghadapi dugaan.terima kasih saya tak mampu membalas kebaikan kalian.


Untuk surgeon,terima kasih yang tidak terhingga  berhempas pulas memberikan yang terbaik untuk saya,warga jururawat yang terus melayan kerenah saya.Rakan-rakan,guru-guru serta saudara mara yang terus memberi semangat kepada saya untuk terus kuat menghadapi dugaan.Terima kasih saya ucapkan!.


alhamdulillah saya semakin sihat!


"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya". ( QS. Al-Baqarah: 286)


"Ya Allah kuatkan semangat ku untuk terus menghadapi ujian mu,istiqomahkan hatiku untuk sentiasa bersyukur dengan semua nikmat yang telah kau limpahkan.ya Rabb,lapangkan dadaku,jernihkan fikiranku,
kurniakan hatiku yang sentiasa lembut mengingatiMu,lisan yang basah berzikir kepadaMu..mudahkanlah segala urusanku dan muslimin muslimat.
ya Rabb,Engkaulah sebaik-baik pendengar dan tempat mengadu..amin ya rabbal alamin..."


masjid besi dan badan besi..


Pssst:- harap cik besi dalam badan baik-baik sahaja sentiasa Amin!...terima Kasih..

6 comments:

aNa d'sKoDenG said...

tahniah ..
mg terus sihat

tassyanatassya said...

thnk u kak Na..

doakan sy terus kuat dan sihat..

bootuck said...

tassya~~
alhamdullillah...b'jaya ko tempoh dugaan ni...hehe,tgk ko kt wad hr tu pn hepi jer

tassyanatassya said...

kak Amal..
alhmdulillah.. terima kasih kak,doakan sy lebih teguh hadapi dugaan...

kita pun nak doakan akak moga pnjang umur sihal wal-afiat sentiasa..semoga cepat bertemu jodh!amin!~

perlu tunjuk kat kawan2 scolio kita sihat untuk beri semngat dekat mereka!~..hehe

Qaseh Puteri said...

kerana diri mu begitu berharga..

tassyanatassya said...

ciss!...kerana guna loreal jugak nie...haha