tingkatkan trafik!

banner

Bangunan-Bangunan Menakjubkan di Dunia


Jom  kita  lihat karya-karya manusia yang unik, 
mengagumkan, dan semestinya, menakjubkan!..
bila saya tengok gambar gambar bangunan nie..
kepala dok ligat pikir,,
mereka nie hebatlah,
otak geliga betul!..
agak-agaknya...
makan ape yerk arkitek-arkitek nie?..hehe...


1.The Dancing House (Czech Republic)

 kredit to hanyaphoto.blogspot

Bangunan yang tampak "langsing" di tengah ini adalah The Dancing House. terletak  di  kota Praha, Republik Ceko. Bangunan ini dirancang oleh  Vlado Milunic dengan  kerjasama arkitek Kanada Frank Gehry . Pembinaan  bermula dari  tahun 1994 dan selesai pada tahun 1996.
Hmm,,  penasaran dengan bentuk ruangan dalamnya... Tapi bangga dengan En. arkitek yang boleh buat bangunan semacam ini...

2.The Piano House.

Yang nie lagi pelik!...Haiyyak!...
boleh pulak si pakcik-pakcik arkitek ni reka bangunan
bentuk macam ini...Rumah piano  ini dibangun baru-baru  ni jugak.. di Propinsi An Hui, Cina. Dalam biola yang cantik dan "transparent" nie siap ada  eskalator ke bangunan  lhoo... Gila canggih lah!.. rumah ni..

(dalam fikiran agak-agak sape nak hadiahkan rumah macam nie kat saya?hehe)..

3.Reversible Destiny Lofts (Mitaka, Japan


sembilan unit Reversible Destiny Lofts di Mitaka jepun  dibangun berdasarkan konsep yang

pelik. Konsep arsitektur diciptakan oleh Shusaku Arakawa dan Madeline gin yang membuat titik
bahwa rumah adalah tempat untuk memacu pancaindera seseorang, bukan tempat untuk
bersantai!.Bangunan berwarna-warni diciptakan dalam memori dari Helen Keller, penulis
Amerika yang  tuli dan buta. orang celik pun belum tentu boleh bina bangunan se'gah' ini tau!~.

4.Lebuh raya dalam bangunan di  Osaka, Jepun
 

Ye ke nie? Macam real jek..
Memang real pun..dan memang ada pun…
Cuma ianya xde di Malaysia sebab rakyat Malaysia takut nak lalu highway macam nie.. Lebuhraya ini ambil masa 5 tahun untuk disiapkan. Itupun, setelah pelbagai perbincangan dengan pelbagai pihak.
Kalau saya x berani nak lalu kat situ. Nasib baik kerana saya tak pernah sampai Jepun lagi..hehe


5.The Torre Galatea Figueras (Spain)

telur building

Agaknya Tuan arkitek nie sangat berkenan dengan telur tu yang dia bina bangunan bersandarkan telur
sungguh aneh! tapi tetap menarik.


6.The Basket Building (Ohio, United States)

keranjang

bangunan di Newark, Ohio mungkin hanya sebuah bangunan pejabat aneh di dunia. Bangunan 180.000 meter persegi, replika dari raga pasar yang terkenal perusahaan itu, memerlukan biaya sebanyak $ 30 juta dan mengambil dua tahun untuk menyiapkannya . Banyak pakar arkitek berusaha untuk memujuk Dave Longaberger untuk mengubah rencananya gilanya , tapi akhirnya bangunan ini tetap terus dibina.
**agak-agak ada tak orang cuba bawak lari raga pasar nie??..haha..



7.Kansas City Public Library (Missouri, United States)

book

Projek ini, terletak di bandar Kansas City, merupakan salah satu projek pelopor di balik revitalisasi pusat kota.Orang-orang dari Kansas City diminta untuk membantu memilih buku yang sangat berpengaruh bagi  mewakili Kansas City. bangunan macam nie menunjukkan arkitek nie memang suka dengan buku sehingga boleh mewujudkan bangunan sehebat ini.
**Malaysia bila boleh jadi macam gini ek?...

8.Rumah Terbalik,Malaysia
Sapa kata Malaysia tak da bangunan hebat macam nie.Buktinya di borneo sabah pun dah ada....bukan di luar negara sahaja yang ada rumah terbalik, tapi di malaysia juga dah ade....Rumah Terbalik di Borneo ini merupakan rumah terbalik yang pertama dibina di Asia Tenggara. Rumah ini terletak Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli. Rumah ini sememangnya bakal menjadi salah satu tarikan pelancong ke negeri Sabah. Kepada sesiapa yang melalui jalan ke Gunung Kinabalu, Kiulu, Sandakan, Tawau, dan Semporna, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Rumah Tebalik ini.
**Tak pening ker  masuk rumah terbalik nie??haha...

Psssttt..:-Kadang kala aneh dan pelik itu perlu dalam kehidupan seharian kita...

1 comment:

Qaseh Puteri said...

fuyoooo...fuh fuh fuh..mata ku kaku.. nk jd pakar psikologi utk psiko arkitek malaysia wat bngunan mcm ni la..heee..