tingkatkan trafik!

banner

DIA Tahu Apa yang Terbaik untuk Saya..




Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi masih diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu di blog untuk tatapan diri sendiri  serta para blogger..tersangat lah baik tuan belog ini.. satu bulan hanya mampu mencoret satu  post.. **pemalas betul nak hupdate....

Hampir 2 minggu bertugas di tempat baru dengan aura yang baru semangat yang baru..moga semangat terus dibara-bara selalu..Amin insyaAllah..Kita hanya mampu merancang ..tuhan yang menentukan segalanya..Apa yang ditetapkan olehnya adalah yang sebaiknya untuk kita Insyaallah.Saya selalu ingat akan pesanan guru saya yang mana :-
Kalau manusia tahu apa yang terbaik untuk dirinya, apa yang terbaik untuk orang-orang di sekelilingnya, apa yang terbaik untuk masa depannya… pasti manusia itu sentiasa gembira hidupnya tiada dugaan..tiada pengalaman..tiada pengajaran untuk dirinya.
Semua orang hanya mampu berusaha keras untuk cuba mendapatkan jawapan yang terbaik. Tetapi yang disusun oleh Allah SWT sahaja yang terbaik. Kalau jawapan salah itu yang kita dapat, itulah yang terbaik. 
Saya  pandang langit. kelihatan banyak bintang. Begitulah kesilapan-kesilapan kita wahai kawan… Banyak sekali. Tapi semuanya nanti akan menjadi bintang yang menunjukkan arah di waktu kita sesat, menerangi malam yang kelam dan menghiburkan hati kita diwaktu kita tidak tenteram. 
Yang penting kita tahu… kita sudah berusaha yang terbaik Kita sudah menolak, kita sudah menambah, sudah dikuasa tiga, empat dan lima… Kita juga sudah bahagikan.. kemudian kita darabkan.... dan orang-orang lain pun semuanya sudah berusaha yang terbaik.. 
Demikianlah kita manusia… selalu menyangka kita tahu.. tapi rupanya kita salah… 


"Secara zahirnya, kita melihat bahawa doa kita tidak makbul. Namun, hakikatnya Allah sudah gantikan doa kita itu dengan benda yang lebih baik yang tidak kita sedari. Tapi adakah berhenti berdoa adalah jalan yang terbaik? Sombongnya kita dengan Allah. Siap boleh merajuk-rajuk lagi. Allah baru uji kita sedikit, tapi mudah betul kita berputus asa. Janganlah berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah kerana rahmat Allah itu sangat luas. Tak terkira luasnya."

Lagu yang sungguh indah...lirik sangat menyentuh kalbu




Bila kita sudah mendapatkannya baru kita tersentak, tersedar, lantas mengucapkan alhamdulillah  Allah telah menentukan yang terbaik untuk saya :)






sertai Contest Asian Fans





banner


Assalamualaikum...kembali lagi di pentas blog pabila melihat ramai pulak geng-geng blogger sibuk bercerita tentang Asia fans.Haiyak!..saya telah tertinggal banyak benda dengan contest ini..haishhh..ini tidak boleh jadi!...Sebelum raya dulu, admin dah ada habaq nak buat pasal contest ni.. Tadi terasa nak  buka pagi  Asia Fans untuk cek balik mengenai contest.. (ekceli da lama tak buka..hehehe) Oh sudah lama contest ini menyerang dunia blog rupanya..hahaha..ketinggalan rupanya saya.. :)


Tak mau panjang cerita,sebab sya dah tertinggal jauh.. jom tengok syarat-syarat  untuk sertai contest ni..

 Syarat-Syarat Contest
1) Korang kena jadi user di www.Asiafans.net #kalau bukan user, cmne nk collect coins banyak2 kan ? hehe..(of cos eza ni user asiafans)
2) Wajib Follow ketiga-tiga blog ni —> MkSyahirZaxx dan Cik Mun (dah siap follow)
3) Buat Entry Pasal Contest Asiafans.net ni.. kemudian, tag paling kurang seorang blogger. #Entry bebas nak buat mcm mane pun.. (nak tag  Aishah rahmany)
4) Dihujung entry, korang wajib letak contest ini ditaja oleh manok elpaseMkSyahirZaxxCik MunAnirahTeratai dan tbnsa. (telah disematkan di bawah entry dengan gahya)
5) Letakkan “link entry korang“, bukan link blog yerr.. dekat commentSINI. (beresss)


ok..untuk yang sertai contest nie..jangan risau..ada hadiah yang akan ditawarkan...jeng..jeng..jeng..

Hadiah Contest
Tempat Pertama
Wang Tunai RM100 atau 20,000 coins + VIP member setahun
Tempat Kedua
Wang Tunai RM 60 atau 7,000 coins + VIP member setahun
Tempat Ketiga
Topup/Wang Tunai RM30 atau 4,000 coins + VIP member setahun
Tempat Keempat
Topup RM20 atau 2,500 coins + VIP member sebulan
Tempat Kelima
Topup RM10 atau 1,000 coins + VIP member sebulan
Cabutan Bertuah ( Tiga Lelaki & Tiga Perempuan)
Topup RM10 atau 1,000 coins + VIP member sebulan

Kaedah pemilihan pemenang bergantung pada jumlah coins tertinggi di Asiafans.Net. Cabutan pula menggunakan random.org.
Tempoh Sah Laku Contest : 27 Ogos sehingga 2 Oktober 2012.

Contest ini ditaja oleh manok elpaseMkSyahirZaxxCik MunAnirahTeratai dan tbnsa. 




penat lelah selepas Majlis!



Photo
Gambar sulung sebelum review Majlis resepsi.

Assalammualaikum semua!..habis sudah syawal kan..so, kembali menjalankan aktiviti harian dengan semangat!..ok geng, jangan malas..teruskan kegiatan anda.. Tuan belog sangat lah penat perah keringat melayan kerenah saudara mara dan sahabat handai di majlis perkahwinan  kakak sulung saya ahad lepas.Yeayh akak sy dah kawen!..lepas ni bertambah lah duit raya tahun depan hihihi..Nantikan entry seterusnya review Majlis perkahwinan Princess Siti Arnina..
ok,u alls i berhenti dulu...mahu sambung 'merewang' rumah yang dah macam tongkang pecah!...arrrghh streeessss!...

bangun! berubah..dan Pantang Menyerah!.


Assalammualaikum...rasa lama betul saya tinggalkan belog saya ini.Berdiam diri mencari ilham bagaimana ingin terus bermotivasikan diri supaya tidak mudah menyerah menyalahkan ketentuan,cuba  beristiqomah untuk terus menerima takdir itu sebagai ujian dan dugaan agar hambanya terus tunduk sujud  memohon memuji-NYA.

Saya akui kadang kala pernah terlintas di fikiran mengapa saya perlu berhadapan  dengan keadaan seperti ini..tetapi bila saya berfikir kembali..Astagfirullah sama seperti saya tidak menerima ujian yang Allah berikan,sama seperti saya tidak redha dengan dugaan yang telah ditetapkan ke atas diri saya.Saya mengaku diri ini memang mudah melatah mudah di hasut dengan hasutan iblis syaitan yang sentiasa mengganggu menyesatkan manusia.

Bila fikirkan kembali..Ya Allah aku banyak berdosa dengan Mu.Pabila Allah memberikan nikmat yang indah saya mudah lupa dengan-Nya.Bersyukur hanya pada mulut tetapi tidak pada perbuatan.Barangkali hati terlahir rasa riak dengan nikmat yang tuhan pinjamkan..Ya Allah betapa berdosanya hambamu ini ya Allah.
 

















bila saya mengalami kegagalan,ya saya mengaku saya lebih suka pendam di dalam hati daripada berkongsi dengan orang disekeliling saya.Nampak seperti saya kuatkan? tapi sebaliknya saya sendiri akan menangis dalam hati menyalahkan diri sendiri.biar diri ini yang salah...biar saya yang dihukum..Bila saya berkongsi perasaan saya,masalah saya dengan orang lain akan timbul satu  perasaan syak wasangka, perasaan tidak puas hati.Maka  hati akan merana lagi...akhirnya akan terlahir sedikit kekesalan dengan takdir ketentuan ilahi.Itulah saya.seorang manusia yang memang tidak tahu mengawal perasaan.Ya Allah berdosanya aku..

Maka cara terbaik untuk saya mengawal perasaan saya adalah dengan berdiam diri.kadang kala saya sengaja menjauhkan diri dengan kehidupan seharian saya supaya saya tidak mudah melatah.
Sengaja mencari buku-buku yang mampu memberi saya ilham agar mampu berfikir sejenak melakukan anjakan terhadap diri sendiri.Ya..saya mengaku saya lemah.Suka menasihatkan orang lain..suka memberi solusi terhadap masalah orang lain.walhal diri sendiri tidak mampu dikawal dengan baik.


Saya memujuk hati saya dengan mendengar lagu-lagu yang mampu meningkatkan semangat saya.Sedaya upaya akan saya cari agar saya tidak terus melayan perasaan saya yang terkadang boleh membuat jiwa saya luka."Ya Allah ku mohon padamu agar kau tetapkanlah diri ini supaya terus beristiqomah dengan-Mu.tidak mudah alpa dengan nikmat kesenangan kau berikan..tidak mudah menyalahkan ujian dan dugaan kau berikan.redha dengan setiap ketentuan yang telah engkau tetapkan.menerima segalah ujian dan dan dugaan dengan cekal tanpa perasaan putus asa.Kuatkan tubuh dan mindaku untuk terus beribadah dengan mu.Hanya kepadamu aku bermohon dan hanya kepadamu aku bersujud".

 
##Entry kali ini untuk diri sendiri.Kelihatan agak mengikut perasaan.Melepaskan  segala perasaan di alam nyata ke alam maya  agar saya mampu terus berdiri dan pantang menyerah.Sempena hari merdeka ini,saya menyeru diri ini agar bangun untuk terus berdiri mencapai cita-cita tanpa ada perasaan prejudis terhadap diri sendiri.bangun! berubah..dan Pantang Menyerah!.