tingkatkan trafik!

banner

Contest My Blog Awesomelicious


Holla!~...
petang-petang cang gini..duduk sambil hirup secangkir teh,terasa ingin ber bw..untuk meningkatkan lagi up traffic blog saya..al-maklum ler lame benor tak meng "godeh-godeh" blog nie..
sampai dah hilang skill menulis tau...bagi memantapkan lagi skill saya terjumpa satu contest dari 
si adik manis nie....
Wah!~..nama kita sama lah.... oh kembar nama kita yerk...
so,
I join your contest cik tasya




untuk join contest nie ada syarat-syarat nyer....
sila patuhi syarat-syarat ini:-

  • First wajib like gambar kat SINI
  • Mesti ada blog dan warganegara Malaysia
  • Wajib follow blog Tasya and Tyra untuk mengetahui perkembangan dari semasa ke semasa
  • Like page Tasya and Tyra
  • Contest ini terbuka kepada lelaki dan perempuan
  • Buat satu entry yang bertajuk "Contest My Blog Awesomelicious"
  • Ikut suka korang nak buat entry panjang or pendek . Letak banner contest . Linkkan terus ke blog Tasya (jika korang dari blog Tasya) atau Tyra (jika korang dari blog Tyra)
  • Dah buat entry ? Okay . Kalau dah , copy link tu dan pastekan link anda tersebut di blog Tasya(jika korang dari blog Tasya) atau Tyra (jika korang dari blog Tyra) di RUANGAN COMMENT.
  • Tag dua orang atau lebih and make sure diorang tahu .
  • Buat satu entry khas for BLOG *sunat and wajib follow and like PAGE .
  • Wajib like PAGE .
  • Wajib like PAGE and  MEMBUAT STICKY POST DI BLOG MASING-MASING MENGENAI  JCS ENTERPRISE SELAMA 3hari .
  • Link http://dotdoted.blogspot.com/ tidak akan diterima 

oh tak der lah susah sangat..dengan ini saya menyahut cabaran anda cik tasya
dengan penuh semangat...
dua blogger yang saya mau tag ialah....


eh jemah!~..jom join contest nie....
kita  kan suka dapat barang-barang free nie kan??..haha



seorang lagi  blogger yang berjaya menarik minat saya,


daripada goyang kaki...meyh join contest nie....
tuah badan sapr yang tau!~....


Pssst:-..harap-harap tuah lah kita yerk...mana tau boleh dapt barangan JCS shop. hehe jimat duit bulan nie....  ;)



AKU BEBAS!


Assalammualaikum readers....
wah!~..lama betul tak dapat menjentik-jentik keyboard
berkongsi nukilan dengan readers!~....sungguh rindu..saannnggaat rindu!...
Tapi bila dah dapat nak menjentik-jentik ni,haiyyak!~...terasa seperti sudah hilang skill untuk
menulis..Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mengembalikan skill itu semula....
Chaiyyok!..Chaiyyok!~...


Saya begitu teruja untuk berkongsi  entry kali ini Mengapa??sebab saya sudah Merdeka..MERDEKA..MERDEKA.."hehe..terasa mau bagi tahu ke satu dunia bahawa saya telah bebas dari Exam!...oh!..mungkin saya perlu buat pengistiharaan ;


Adalah dengan ini,Saya SITI NUR NATASYA telah menamatkan  riwayat bertugas sebagai pelajar tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya selama 2 tahun. Yahoooooooooo! ***orang lain setahun setengah jerk..I nie lain siket..Unik!~..haha



Akhirnya Aku bebas!~.

Mungkin cara itu belum cukup gempak lagi.Atau perlukah saya ke rumah  40 jiran-jiran saya untuk menyatakan bahawa saya sudah bebas! sambil melompat-lompat ??..oh belum hebat  lagi,,mintak jiran-jiran buat kenduri kesyukuran sempena meraikan kebebasan  saya???....oh sungguh tidak wajar ...."kepala otak kau dah mereng ker tasya??''...betul lah kata kawan-kawan saya ,masa cuti nie saya perlu dihantarkan di pusat pemulihan mental ,,,bersihkan mental  yang  dah senget 270 degree tu..

Saya terasa bebas daripada keadaan rutin harian tiap hari  kena menghadap buku-buku..yang memaksa-maksa saya untuk ber 'dating' dgnnya..sehingga muak nak termuntah  rasa...'tapi tetap i layan u tiap hari En.buku..'...Mulai dari Hari ini...kau terpaksa berjauhan dengan aku..kerana aku sudah bebas!...melalak lah kau 24 jam sekalipun tak akan aku pujuk kau...hahaha...** terlalu kejam rasanya...

Antara perkara yang berkaitan  membebaskan  dari rutin seharian :-

  1.  Tidak perlu membuka serta menelaah buku setebal kamus dewan  yang belum tentu paham isinya.
  2. Tidak perlu menghadap proggraming yang kadang-kala menyebabkan diri ini sicimping
  3. Tidak perlu lagi bersengkang mata untuk menyiapkan assignment yang diberi sebulan yang lepas.
  4. Tidak perlu bangun seawal pagi untuk pergi ke sekolah
  5. Tidak perlu lagi bergaduh dengan abah sebab berebut nak masuk bilik air gara-gara terlajak tidur.
  6. Tidak perlu lagi makan meggi pagi-pagi buta kerana kelaparan pabila semua orang sedang nyenyak dibuai mimpii
  7. Tidak perlu menghafal segala jenis formula serta teori yang belum tentu masuk periksa.
  8. Tidak perlu menanggung stress yang melampau 
  9. Tidak perlu lagi 'mereman' diri daripada ber online 24 jam.
  10. Tidak perlu lagi menghadap rakan study group yang kekadang mengajar teori2x yang baru..yang memang tak pernah diajar oleh cikgu...*saje kasik i pening..
Antara kesan-kesan Kebebasan ini adalah ;-

  1. Membuat tahi mata bergelen-gelen setiap hari.
  2. Menonton tv tak henti-henti.
  3. Meneruskan hobi, membaca novel sampai mata bengkak.
  4. Makan lebih dari 5 kali sehingga ibu berfirasat "kau ada bela antu raya ker?"...
  5. ber online 24/7 untuk facebook,blog dan twitter.
  6. peninngkatan berat badan yang sangat pesat.  Well done!~.
  7. Membalas dendam menghabiskan cerita-cerita korea yang dah 'basi',tapi i baru dapt layan..huhu..
  8. Sudah mula berjinak-jinak untuk membaca akhabr dan isu-isu semasa.
  9. menjalani kehidupan yang normal tanpa "STRESS"...
  10. Cuba untuk ingat nama adik sendiri.




Psssst:- Entry kali panjang bebenor kan??...nie namanya membalas dendam sebab dah beebulan-bulan tak di update blog sawang nie....hahaha.....lepas makin banyak lah entry sebab dah "BEBAS!..."......