tingkatkan trafik!

banner

Theatre Natrah 2 very Awesome!


Semalam,berkesempatan untuk menyaksikan teater Natrah...
Memang dah lama nantikan saat nie...
menjejakkan KaKi yang "comel"...(hehe..sy sudah mula mengarut)
Ke Istana Budaya
Wah terujanya!!!...x dapat den kaborkan....hihi..
(Ok tasya! cukup dengan keterujaanmu!..hihi..).
Buat malu sajer,,


Sebelum masuk ke panggung tu sempat
jugakk "berpossing-possing.."
hehehe...


berebut you!... orang yang  nak snap gambar....
siap kena ambil turn lagi...
huh,nasib baik kami sempat..hehe...
Walaupun hanya gambar potret sahaja..




hah!!,,,yang nie memang orang berebut..ye lah pelokon utama tu...
Tapi tidak termasuk yang berbaju ungu ty yerk...



Punya lah dok  teruja.....
Tiket pun siap kami  snap.hehehe..
jakun norh!!!....





Dengan mase yang ada,tangan nie dok gatai-gatai snap-snap gambar...
sekali terdengar satu pengimuman,,,
"harap maklum,kepada semua penonton,harap mematikan
 segala alat perakam atau kamera anda kerana  pementasan akan di mula sebentar lagi"
Wuwuwaa!!..ini bermakna tidak boleh mengambil gambar semasa pementasan...
huhu..spoil betul mood masa tuu...

Ceritanya memang mengujakan....
dari awal bermula dengan watak Natrah 70-an yang di pegang oleh Sofea jane...
kemudian disusuli dengan adengan nyanyian ala-ala bolywood  antara natrah 9 tahun,natrah di waktu sekolah,
dan natrah pada usia remaja...


Antara dailog-dailog yang saya ingat dalam scene nyanyian tu,

"Saya tengok warna rambut dia, cantik macam sabut kelapa!"
''eh-eh..."

"Saya dengar suara dia sedap bak buluh perindu!"
"eh.Iyer ker?"

Saya tengok  badan dia cantik macam biola!"
"eh-eh-eh"

"Ee eh.....Pandainya  anak orang Putih beri salam yerk!"
"Anak saya bukan anak orang Putih!"


Watak Umi Aida sebagai Mak Aminah memang best..
sangat berseloroh...
syabas! untuk Umi Aida...


Credit to google..hehehe...

Watak Natrah dan Mansor sangat serasi...
Suka tengok mereka berdua...yang malu-malu kucing apabila diperkenalkan..hehe...
Remy Ishak pulak sangat comel pabila scene yang memerlukan beliau
berjoget.!!comel sungguh..bersemangat sekali!..
 bukan senang tau nak tengok "duta dashing" berjoget..hehehe
Ibu kepada Mansor nie namanya mak Wok,
tak disangka-sangka rupanya Mak Wok itu
lakonan oleh Ziela Jalil....


wah!!!..waktu nie remy berjoget dengan bersemangat sekali...hehehe..


Snopsis Natrah....

Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya..
Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!

Ending bagi Natrah ini walaupun masih banyak tidak dirungkaikan,misalnya
bagaimana kehidupan che aminah selepas itu,tetapi masih tetap memberi impak kepada saya..
huhuhu...sedihlah Mansor akhirnya berkahwin dengan wanita lain ...

~Maya kenapa kamu sungguh comel sekali??...hihihi~

4 comments:

nadia_fatimah said...

OMG! Pehhhhhhh jeles ni . Gile ahhh. Kak tassya dpt pegi an . Untung nye.........Perghhhhhhhhhhh

sekamar rindu said...

salam..

teater yang mengambil jalan cerita yang sangat tragis.. di dalamnya ada cinta yang diragut, apabila kasih sayang Aminah diragut oleh insan2 yang tak berperikemanuisan...

* follow blog ini.

bisikan hati said...

nadia_fatima..:jom datang kl yaya..akak bawak gi IB...boleh jumpa dgn Remy ishak...berdepan-depan you..hihihi...

bisikan hati said...

sekamar rindu:betul....saya akan follow awak!