tingkatkan trafik!

banner

Petua Mencapai Doa Mustajab...

Berikut adalah 9 petua dari Rasulullah untuk mencapai doa mustajab:-

1.Anas bin Malik meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda:
"Doa ketika Azan dan Iqamat tidak akan ditolak"


2.Rasulullah bersabda:
"ALLAh akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir  seraya 
berfirman :"Sesiapa yang berdoa kepada-ku,maka aku akan menerima 
permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-ku,maka aku akan mengampuninya"







3. Abu hurairah meriwayatkan bahawa rasulullah bersabda:
"Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil,
Orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan ornag yang dianiaya,ALLAH mengangkat
doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit di buka".


4.Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa rasulullah bersabda:
"aku dilarang membaca Al-Quran ketika rukuk dan sujud.
Waktu yang paling dekat antara Tuhan-nya dan hamba 
adalah ketika sujud,maka perbanyakanlah doa ketika itu" 

credit to mrnajeb


5.hadith abu hurairah r.a,
Nabi s.a.w bersabda:
"Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok,pohonlah kurnia dari ALLAH
kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat"
"dan Jika kamu mendengar keldai memekik,
pohonlah perlindungan daripada ALLAH daripada godaan
kerana binatang tersebut melihat syaitan".

6.Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa rasulullah bersabda:
"sesiapa yang bangun pada malam hari dan memohon doa ,maka doanya akan dimakbulkan"
dan apabila dia berjaga malam dan melakukan qiamulail,mka solatnya akan diterima ALLAH".


7.Ata bin Rabah berkata,rasulullah bersabda;
"Sesiapa membaca surah Yassin pada permulaan hari 
maka segala hajatnya akan dipenuhkan"

8.Hadis dari Abu Hurairah,rasulullah bersabda:
"Doa seseorang itu akan di kabulkan selagi dia tidak terburu-buru berkata:
'Aku berdoa,tetapi tidak dimakbulkan.'"


9.Hadis dari Abu Hurairah:
rasulullah memperkatakan tentang hari jummat.Lalu baginda bersabda:
''Pada hari jumaat itu ada suatu saat.Bila mana 
seseorang muslim itu berdoa,memohon sesuatu kepada ALLAH,
pasti ia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

 dengan Hati yang penuh rendah diri ,saya ingin mengajak kawan-kawan dan juga diri saya sendiri 
untuk sentiasa mengambil peluang  memohon keampunan  dan limpahan dari ALLAH sementara pintu taubat masih terbuka dan umur masih muda ini.Insya-Allah,kita akan dapat limpahan rahmat daripada-Nya.


Jadi mulai dari hari ni saya bertekad
tidak akan melakukan hal yang biasa saya lakukan,
tabiat buruk nie...jangan tiru yerk kawan-kawan,
"menjampi-serapah ayam jiran saya yang selalu bernyanyi di waktu pagi"...hehe
Tapi itu ayam bertina yang selau mau bertelur...hehe

No comments: