tingkatkan trafik!

banner

"kalaulah" ........

Hai semua!....

kali nie entry saya nak citer pasal "kalau"...
perasan x yang sebenarnya kita, juga saya sendiri suka sangat guna perkataan "kalau"....hentah kenapa lah suka bebenor dengan perkataan tu.Mungkin kerana sudah dibiasakan dengan perkataan itu sampai x boleh lepas...ape ??..x perasan?..hah..meyh dok sini saya kasik contoh yerk...






Contoh 1

"Hai kalau lah Aku ikut cakap kau tadi mesti aku x di timpa musibah kan??"


Contoh 2

"kalau x der aral melintang saya akan datang ke Majlis awak."


Contoh 3

"Kalau Saya dapat jadi Angkasawan kan bagus,alangkah indahnya hidup saya".


Itu antara contoh-contoh yang biasa kita dengar.Banyak sungguh 'Kalau' yang terkeluar.hari tu saya ada dengar satu ceramah dari seorang ustazah nie,,,dia cakap kalau kita amalkan perkataan "kalaulah"..sama juga kita tidak menerima segala qada dan qodar ALLAh.Sama juga kita ingin menentang ape yang telah ALLAH takdirkan pada kita.kemudian saya terjumpa pula satu riwayat hadith nie yang bermaksud:


Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
[Riwayat Muslim]

Saya terkedu sebentar.mengenangkan diri yang selalu 'berkalau-kalau'.Ia lebih sesuai di tukar dengan perkataan 'Insyaallah',itu lebih tepat.sejenak terfikir,kita perlu berubah untuk sentiasa berfikiran positif dan tidak pernah berakhir dengan kecewa dengan apa yang telah ditakdirkan
. Alhamdulillah dan Alhamdulillah, atas segalanya.

2 comments:

amirah said...

tapi kita bukannya ada niat nak tolak qada dan qadar-Nya. cuma menyesali tindakan terdahulu :)

bisikan hati said...

amirah....
ya..betul kata awak tu...tapi bagi pendapat saya lebih baik kita redha shj dengan apa yng terjadi...mungkin itu lebih baik..;)